-
Kursus Unleashing Creativity with Canva and Capcut Editor
Bermula 27hb Ogos 2024 (Selasa) hingga 29hb Ogos 2024(Khamis), saya dan kawan sekerja semua berkampung di Hotel Ames Mitc Melaka bagi menjayakan Kursus Unleashing Creativity with Canva and Capcut Editor. Ini adalah sesi ketiga kami terlibat dalam program pemerkasaan PAK 21 yang diaturkan oleh pihak MARA dan IKM Jasin secara amnya. Terima kasih kepada urusetia PAK 21, tenaga pengajar kursus dan semua peserta yang menyertai kursus kali ketiga ini. Untuk kursus kali ini, pihak penganjur yang diterajui oleh Puan Farah dan Timbalan Pengarah HEA, Tn Hj Kamarul Ariffin serta Trainer daripada Syarikat ErgoLead Enterprise telah memfokuskan kepada matlamat atau hasil kursus kepada tiga (3) item berikut; a) Peserta dapat membuat…
-
Hard disk buat masalah
Hari ni memang menduga iman betul apabila hard disk saya tiba-tiba meragam. Beberapa kali saya cuba sambungkan hard disk tersebut ke laptop tapi laptop langsung tidak dapat mengesan kehadirannya. Jadi, masa ni kenelah cari orang untuk bantu saya. Al-maklumlah saya bukannya pandai sangat hal tentang komputer. Macam biasa, saya akan cari juruteknik komputer IKM Jasin lah. Siapa lagi kalau bukan AMMAR. 🙂 Alhamdulillah masalah hard disk dapat diselesaikan. Semua fail dalam hard disk saya pindahkan semuanya ke dalam pendrive buat sementara waktu. Saya sudah tempat portable hard disk yang baru. Kemudian, saya pun tengah survey external hard disk cover yang baru bagi menggantikan cover hard disk sekarang ni. Kemungkinan besar…
-
Tamoxifen
Walaupun bumi Melaka dilimpahi hujan hampir separuh hari, tetapi badan saya masih berasa panas. Rasanya dah masuk kali ke-3 saya mandi sepanjang hari ni. Keadaan panas badan saya lalui ni sudah hampir 2 tahun semenjak saya mula mengambil ubat Tamoxifen bermula Ogos 2020 yang lalu. Rasanya itu adalah kesan minima yang terjadi kepada kebanyakan pesakit kanser payudara seperti saya ni. Ubat tamoxifen ialah ubat anti-kanser bagi pesakit kanser payudara. Ia bagi mengelakkan daripada kanser kembali atau merebak kepada organ badan yang lain. Saya perlu mengambil Tamoxifen selama 5 tahun. Setiap hari 1 biji ubat. Kalau boleh, jangan tertinggal walaupun sehari. Hehehehe..Kadang-kadang saya pun terlupa jugak nak makan ubat. Terutamanya kalau…
-
Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022
Pada hari Sabtu, 1hb Oktober 2022 berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser 2022 anjuran PPKM (Pertubuhan Pejuang Kanser Melaka). Di sini saya kongsikan gambar – gambar yang diambil sepanjang majlis berlangsung. la perkongsian daripada telefon bimbit saya dan ada juga daripada telefon bimbit kawan-kawan yang lain. Majlis ini diadakan di Dewan Sri Chendana, Taman Botanikal Negeri Melaka. Berikut adalah tentatif program bagi majlis tersebut; Sememangnya majlis ini berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama yang padu daripada barisan Ahli Jawatankuasa PPKM yang dipengerusikan oleh Puan Deewi binti Ismail. Tahniah buat anda semua! Majlis diserikan dengan kehadiran para penceramah yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Acara kemuncak bagi Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara…
-
SELAMAT DATANG
Try! Test 1 2 3 ! Eh..jadi ke tidak ni? hihihihihi. Selamat datang yer ke laman web saya puanfatimah.com Laman web ni kiranya seperti anak emas saya tau. Puas saya menggodek dan memahamkan cara nak buat laman web. Walaupun agak terkebelakang sedikit nak belajar, Alhamdulillah menjadi jugak. Sila lah kiranya Tuan / Puan bagi feedback untuk penambahbaikan laman web saya pada masa akan datang. Entri-entri terbaru saya akan update dari semasa ke semasa. Terima kasih semua.